Ulum Hadis
BAB DUA HADITH
SAHIH, HASAN, DHAIF
2.1 Pengenalan 5
2.1.1 Hadith Sahih 5
2.1.2 Hadith Hasan 6
2.1.2.1 Ciri-ciri Hadith Hasan
2.1.3 Hadith Dhaif 7
2.2 Pengertian Hadith Sahih 7
2.3 Pembahagian Hadith Sahih 9
2.3.1 Sahih Li Zatih 9
2.3.2 Sahih Li Ghairih 10
2.4 Syarat-syarat Penerimaan Hadith Sahih 11
2.4.1 Perawinya Bersifat Adil 11
2.4.2 Perawinya Mempunyai Ingatan Yang Sempurna 11
2.4.3 Sanad Hadith Bersambung Dan Sentiasa Berturutan 12
2.4.4 Terhindar Daripada
Syaz
(Tidak Janggal) 13
2.4.5 Tidak Ber’illah 13
2.5 Taraf Hadith Sahih 13
2.6 Tokoh-Tokoh Hadith 14
2.7 Kitab-Kitab Hadith Sahih 15
2.7.1 Rasional Mengetahui Latar Belakang Perawi 15
2.7.2 Imam Al-Bukhari 16
2.7.2.1 Riwayat Hidup Imam Al-Bukhari 16
2.7.2.2 Latar Belakang Pendidikan Imam Al-Bukhari 17
ii
2.7.2.3 Guru-Guru Imam Al-Bukhari 18
2.7.2.4 Keistimewaan Imam Al-Bukhari 19
2.7.2.5 Pandangan Ulama Terhadap Imam Al-Bukhari 21
2.7.2.6 Hasil Karya Imam Al-Bukhari 22
2.7.2.7 Sahih Al-Bukhari. 23
2.7.2.8 Jumlah Hadith Sahih Al-Bukhari 24
2.7.2.9 Tempoh Penulisan Sahih Al-Bukhari 24
2.7.2.10 Cara Penulisan 25
2.7.3 Imam Muslim 26
2.7.3.1 Riwayat Hidup Imam Muslim 26
2.7.3.2 Pendidikan Imam Muslim 27
2.7.3.3 Pandangan Ulama Terhadap Imam Muslim 27
2.7.3.4 Karya-Karya Imam Muslim 28
2.7.3.5 Kitab Sahih Imam Muslim 29
2.7.3.6 Bilangan Sahih Imam Muslim 29
2.8 Hadith Sahih Yang Terdapat Dalam Sahih Imam Al-Bukhari Dan
Muslim 29
2.8.1 Kehujahan Hadith Untuk Beramal 30
BAB TIGA PELAKSANAAN PROGRAM TAKHRIJ HADITH SAHIH ALBUKHARI
DAN SAHIH MUSLIM DALAM BAB IMAN DAN
AQIDAH
3.1 Pemilihan Bahan 34
3.2 Peralatan Yang Digunakan 34
3.3 Pelaksanaan Projek Takhrij 35
3.4 Pengeditan Takhrij 35
BAB EMPAT HASIL TAKHRIJ HADITH SAHIH AL-BUKHARI DAN
MUSLIM DALAM BAB IMAN DAN AKIDAH
36
iii
BAB LIMA KESIMPULAN
45
BIBLIOGRAFI
47
1
BAB DUA
HADITH
SAHIH, HASAN, DHAIF
2.1 PENGENALAN
Hadith jika dilihat dari satu sudut kesahihannya daripada Rasulullah S.A.W. dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu hadith yang
makbul (diterima) dan mardud
(tidak
diterima).
1. Hadith yang
makbul
pula dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Sahih
ii.
Hasan
2. Hadith yang
mardud ialah hadith dhaif
.
2.1.1
HADITH SAHIH
:
Hadith
sahih ialah ( (
ما اتصل سنده بالعدول الضابطين من غير شذ ولا علة
Hadith yang mempunyai
sanad
yang berhubung daripada seorang perawi kepada perawi
yang lain sehingga akhir
sanad melalui perawi-perawi yang adil dan dhabit
. Hadith itu pula
tidak
syaz dan ‘illah
(tidak cacat).
Apa yang dimaksudkan dengan
syaz
ialah suatu hadith yang diriwayatkan oleh
seorang yang
thiqah
tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh
orang yang lebih
thiqah
atau bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh beberapa
orang
thiqah.
‘Illah
pula ialah kecacatan yang terdapat dalam sesuatu hadith yang menjadikan
hadith itu tidak boleh diterima.
Apabila tidak terdapat salah satu daripada lima perkara ini, suatu hadith itu tidak
boleh dihukum sebagai sahih.
6
2.1.2
HADITH HASAN
Para ulama telah banyak memberi ta’rif mengenai
hadith hasan
. Di antara ta’rif-ta’rif itu
yang lebih mudah dan jelas ialah ta’rif yang diberikan oleh
al-Hafiz Ibn Hajar al-asqalabi.
Beliau menjelaskan hadith
Sahih li zatih ialah hadith yang berhubung sanad
nya dari perawi
yang
adil dan dhabit kepada perawi yang adil dan dhabit.
Hadith itu juga tidak mempunyai
‘illah
dan tidak syaz. Seterusnya beliau menjelaskan jika perawi itu tidak juga mempunyai
SAHIH, HASAN, DHAIF
2.1 PENGENALAN
kekuatan ingatan ( khaf al-dhabit ) hadith yang diriwayatkan adalah hasan.
Daripada keterangan
al-Hafiz Ibn Hajar di atas, dapat difahamkan bahawa hadithialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada seorang perawi
hasan
kepada perawi yang lain sehingga akhir sanad, melalui perawi-perawi yang adil dan
mempunyai ingatan yang kurang sempurna, tidak
syaz dan tidak mempunyai ‘illah.
2.1.2.1 CIRI-CIRI
HADITH HASAN
Hadith hasan
memerlukan lima perkara yang berikut:
1. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung diantara satu dengan yang lain.
2. Perawi itu mestilah
adil
.
3. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang sempurna. Misalnya,
hadith
sahih
memerlukan kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%. Oleh yang
demikian, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang mempunyai kekuatan
menghafaz hanya 85% sahaja adalah
hadith hasan
. Manakala hadith yang
diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan menghafaz kurang daripada
jumlah tersebut adalah lemah
(dhaif)
.
4. Terhindar daripada
syaz.
5. Tidak mempunyai
‘illah.
7
2.1.3
HADITH DHAIF
∗
Hadith dhaif
ialah hadith yang tidak mempunyai ciri-ciri hadith sahih dan hasan.
Kedhaifan sesuatu hadith sama ada disebabkan sanadnya tidak berhubung atau kerana
sebab yang lain:
1. Tidak bersambung di antara seorang perawi dengan perawi yang lain.
2. Perawi tidak
adil
3. Perawi tidak
dhabit
.
4. Mempunyai
syaz.
5.
Mempunyai
‘illah
2.2 PENGERTIAN HADITH
SAHIH
Sahih menurut bahasa, lawan
saqiem
iaitu yang sihat, lawannya yang sakit dan bermakna
haq
iaitu lawan
batil.
Definisi Ibn al-Shalah, Abu Amr Ibn al-Shalah mengatakan
hadith sahih adalah
musnad
yang
sanadnya bersambung melalui periwayatan orang yang adil lagi dhabit
dari orang
yang
adil lagi dhabit (pula) sampai hujungnya, tidak syaz dan tidak mu’all (tidak ‘illah)
.
Definisi menurut Imam Nawawi yang meringkaskan definisi Ibn al-Shalah:
هو ما اتصل سنده بالعدول الضابطين من غير شذوذ ولا علة
Ertinya:
“Hadith sahih adalah hadith yang bersambung sanadnya melalui (periwayatan)
orang-orang yang adil lagi dhabit tanpa syaz dan ‘illah).
∗
Bahagian Hadis Dhaif
Hadis-hadis dhaif mempunyai banyak bahagiannya iaitu:
1. Dhaif kerana tidak bersambung sanadnya. Ini termasuklah muallaq, munqati’, dan mursal.
2. Dhaif kerana terdapat perawi tidak adil. Ini termasuk munkar dan mudlis.
3. Dhaif kerana terdapat perawi tidak dhaif . Ini termasuk mudhtarab, maklub dan madruh.
4. Dhaif kerana syaz sama ada pada sanadnya atau pada matan atau kedua-duanya sekali.
8
Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang yang
adil lagi dhabit
adalah dari
perawi dalam
sanad itu, iaitu yang diriwayatkan oleh perawi yang adil lagi dhabit
dari
perawi yang
adil lagi dhabit
(pula) dari awal sampai akhirnya. Definisi daripada Dr. M.
‘Ajaj al-Khatib pula memberi pengertian hadith yang
muttasil sanad
nya melalui
periwayatan perawi
thiqah dari perawi (lain) yang thiqah
pula, sejak awal sampai akhir
sanad
tanpa syaz dan tanpa
‘illah.
Sahih menurut bahasa adalah dari kata
shahha, yashihhu, suhhan wa shahahan,
yang menurut bahasa bererti yang sihat, yang selamat, yang benar, yang sah dan yang
sempurna. Para ulama biasa menyebut bahawa sahih ini sebagai lawan kepada kata dari
saqiem
(sakit). Maka kata hadith sahih menurut bahasa ialah hadith yang sah, hadith yang
sihat atau hadith yang selamat.
Secara terminologi,
hadith sahih
didefinisikan oleh Ibn Shalah sebagai hadith yang
disandarkan kepada Nabi yang
sanadnya bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang
adil
dan
dhabit, diterima dari perawi yang adil dan dhabit hingga sampai akhir sanad
, tidak ada
kejanggalan dan tidak ber
’illah. Ibn Hajar al-Asqalani mendefinisikan bahawa
hadith sahih
sebagai hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang
adil, sempurna kedhabitan
nya,
bersambung
sanadnya, tidak ber’illah dan tidak syaz
.
Al-Qasimi juga mengemukakan definisi yang cukup ringkas yang hampir sama
dengan yang dikemukakan al-Asqalani. Menurut beliau,
hadith sahih
ialah hadith yang
bersambung
sanadnya, diriwayatkan dan diterima daripada perawi yang adil lagi
dhabit
serta selamat atau terhindar dari kejanggalan dan
‘illah. Para ulama mendefinisikan
hadith
sahih
sebagai hadith musnad yang mempunyai sanad yang bersambung dan diriwayatkan
oleh perawi yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit (dan begitulah
seterusnya) hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.,
sahabat atau generasi selepas
sahabat
dan hadith berkenaan bukan hadith syaz atau hadith mu’allal. Hadith sahih juga
ialah hadith yang diriwayat oleh periwayat-periwayat yang adil lagi dhabit (mempunyai
ketepatan dan ingatan yang kuat). Sementara
sanadnya hendaklah bersambung-sambung
serta tidak cacat dan tidak
syaz (janggal) yang bermula daripada awal hingga akhirnya. Al-
Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa
hadith sahih ialah hadith yang diriwayatkan oleh
orang-orang yang
adil, kuat ingatannya, bersambung-sambung terus sanadnya kepada Nabi
9
S.A.W., tidak ada sesuatu yang cacat dan tidak bersalahan riwayat itu dengan riwayat orang
yang lebih
rajih daripadanya. Maksud hadith sahih
yang lain ialah hadith diriwayatkan oleh
perawi yang
adil dan tidak mempunyai ingatan yang kuat serta sanad
nya bersambung
antara satu sama lain dan tidak mempunyai kejanggalan dan kecacatan.
2.3 PEMBAHAGIAN HADITH SAHIH
Hadith sahih terbahagi kepada dua iaitu sahih
li zatih dan sahih li ghairih. Hadith sahih
li
zatih
ertinya yang sah kerana zatnya, iaitu yang sahih dengan tidak ada bantuan keterangan
lain. Menurut istilah, iaitu satu hadith yang
sanad
nya bersambung dari permulaan sampai
akhir, diceritakan oleh orang-orang yang
adil, dhabit yang sempurna, serta tidak ada
syaz
dan tidak ada yang tercela.
2.3.1
SAHIH LI ZATIH
Sahih li zatih
ialah hadith yang asalnya sahih dan kesahihannya itu sesuatu yang asal
bukan disebabkan oleh sebab faktor yang lain. Misalnya
قال الامام البخارى
, حدثنا الحميدى عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال:
حدثنا يحيى بن سعيد
الأنصارى قال
: أخبرنى محمد بن ابراهيم التيمى أنه سمع علقمة بن وقاس الليثى يقول:
سمعت عمر
بن الخظاب رضى الله عنه على المنبر قال
: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
انما
الاعمال بالنيات الخ
……….
Setelah dikaji bahawa
sanad hadith tersebut, didapati perawi-perawinya adalah thiqah (
adil
dan
dhabit) dan yang thabit
pula pengambilan hadith daripada seorang perawi kepada
gurunya iaitu bersambung antara setiap perawi. Hadith itu tidak mempunyai sebarang
kecacatan yang boleh menjejaskan kesahihannya. Dengan kata lainnya, hadith ini
mencukupi syarat bagi
hadith sahih
.
Hadith sahih
li zatih (sahih dengan sendirinya) juga hadith yang memiliki sifat-sifat
qabul
yang paling tinggi. Secara jelasnya hadith ini mempunyai kesinambungan pada
sanad
nya,
pemindahan hadith tersebut dilakukan oleh seorang perawi yang
adil
, sabar dan sempurna
dari awal hingga akhir, setiap perawi tidak ada yang tertinggal dan perawi itu mendengar
10
daripada gurunya dan hadith ini juga diakui kesahihannya oleh imam yang mentashihkan
hadith.
2.3.2
SAHIH LI GHAIRIH
Sahih li ghairih
ialah yang asalnya tidak sahih tetapi disebabkan oleh faktor-faktor yang
tertentu ia menjadi sahih. Pada asalnya, hadith ini ialah
hadith hasan
, tetapi disebabkan
terdapat
tariq
lain yang yang meriwayatkan hadith ini, maka martabat hadith meningkat
menjadi sahih. Oleh itu ia dinamakan hadith sahih
li ghairih.
Misalnya,
قال الامام الترمذى
:
حدثنا أبو آريب حدثنا عبدة بن سليمان عن محمد بن عمرو عن أبى هريرة قال
:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لو لا أن أشق على أمتى لأمرتهم بالسواك عند آل صلاة
Dalam
sanad
hadith ini, terdapat Muhammad bin Amru. Menurut ulama hadith
meskipun beliau bersifat
adil, namun ingatannya tidak cukup kuat (dhabit
). Oleh itu hadith
ini menurut
sanad ini dihukumkan sebagai hadith hasan
.
Walau bagaimanapun hadith ini diriwayatkan melalui beberapa thariq, iaitu terdapat
tariq
lain yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah, juga thariq yang meriwayatkan
daripada Rasulullah S.A.W. selain Abu Hurairah.
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari daripada Abdullah Bin Yusuf
daripada Malik daripada Abu Zinab daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah daripada
Rasulullah S.A.W..
Oleh itu hadith yang diriwayatkan melalui Muhammad Bin Amru yang pada
asalnya
hadith hasan, menjadi hadith sahih disebabkan beberapa thariq lain yang sahih.
Oleh yang demikian ia dinamakan
sahih li ghairih.
Hadith hasan
akan menjadi sahih li ghairih hanyalah apabila terdapat thariq lain
yang lebih kuat iaitu sahih, atau yang seumpamanya iaitu hasan sepertinya, sekiranya
terdapat
thariq lain yang lemah, maka hadith hasan itu tidak boleh menjadi hadith sahih li
ghairih.
11
Hadith sahih
li ghairih
( sahih kerana yang lain ) pula ialah hadith yang dikira sahih
berdasarkan kepada perkara luar dan hadith berkenaan tidak mempunyai sifat-sifat
qabul
yang paling tinggi. Contohnya, sekiranya
hadith hasan
diriwayatkan daripada pelbagai
turuq
(saluran) yang dapat menyokong antara satu sama lain sehingga boleh meningkatkan
darjat
hasan kepada sahih. Ia juga sama dengan hadith hasan li zatih
iaitu yang memenuhi
syarat-syarat
hadith sahih
seluruhnya kecuali para periwayatnya semua sekali atau
sebahagian daripada mereka kurang
dhabit
(daya ingatan dan hafalan), tetapi dengan
kejujuran periwayatnya dan mendapat sokongan satu riwayat lain yang serupa atau lebih
kuat.
Sanad
nya juga mempunyai kesinambungan.
2.4 SYARAT-SYARAT PENERIMAAN HADITH-HADITH SAHIH
2.4.1 PERAWINYA BERSIFAT
ADIL
Ke
adil
an di sini ialah orang yang selalu memelihara perbuatan, taat dan menjauhi
perbuatan maksiat. Mereka juga menjauhi dosa-dosa kecil yang dapat merosakkan agama
dan sopan-santun mereka. Mereka juga tidak melakukan perkara-perkara mubah yang dapat
menggugurkan iman kepada qadar dan mengakibatkan penyesalan, dan tidak pula mengikut
pendapat salah satu mazhab yang bertentangan dengan dasar syara’.
Seseorang periwayat yang bersifat
adil
ialah seorang yang beragama Islam, akil
baligh, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, sentiasa taat kepada Allah, menjauhi
maksiat dan dosa-dosa kecil yang menodai kesucian agama, tidak melakukan perkaraperkara
yang menjejaskan keimanan, tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan
kehormatan agama dan tidak mengikut pendapat mazhab yang berlawanan dasar syarak.
2.4.2 PERAWINYA MEMPUNYAI INGATAN YANG SEMPURNA
Ingatan yang sempurna ialah orang yang kuat ingatannya. Untuk mengambil sesuatu
hadith, para
muhaddithin
mensyaratkan dalam mengambil suatu hadith, hendaklah diambil
dari hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang bersifat
adil lagi dhabit
.
12
Maksudnya ialah seorang periwayat itu dapat menyampaikan hadith yang diterima
daripada syeikhnya dengan tepat dan sempurna, tanpa terlebih atau terkurang, daya
ingatannya lebih kuat daripada sifat lupanya dan kebenarannya lebih banyak daripada
kesalahannya. Ke
dhabit
an seseorang periwayat itu dapat diketahui dengan pengisytiharan
dan pengakuan ahli-ahli hadith yang
thiqah
.
Ke
adil
an seseorang periwayat itu dapat diketahui melalui pengisytiharan dan
pengakuan orang ramai seperti pengakuan orang ramai terhadap keahlian imam-imam
yang empat.
Dhabit berlaku sama ada dhabit
kitab (penjagaan buku) iaitu jika sesuatu
hadith itu diterima secara catitan atau tulisan buku (kitab) periwayat itu dikehendaki
memelihara dengan sempurna bermula daripada hadith itu diterima oleh gurunya (syeikh)
hingga disampaikan kepada periwayat yang lain (murid-muridnya).
Dhabit
yang satu lagi
ialah
dhabit
ingatan atau hafalan iaitu periwayat itu betul-betul hafal hadith yang diterima
daripada gurunya sehingga hadith itu disampaikan kepada periwayat yang lain.
Kesimpulannya maksud
dhabit
itu ialah periwayat itu tidak pelupa, betul-betul
ingat, mempunyai ketepatan dan penguasaan secara penuh akan hadith yang diterimanya
disampaikan kepada periwayat lain.
2.4.3 SANAD HADITH BERSAMBUNG DAN SENTIASA BERTURUTAN
Yang dimaksudkan dengan sanad bersambung-sambung ialah sanad yang selamat dari
keguguran. Dengan kata lain, bahawa tiap-tiap perawi dapat saling bertemu dan menerima
secara langsung dari guru yang memberi.
Keadaan bersambung sanad ini berlaku dari awal sanad, tabaqat pertama (
sahabat
)
hingga kepada periwayat terakhir yang menuliskan hadith tersebut tanpa tertinggal
walaupun seorang periwayat (tanpa terputus). Dari keterangan di atas
hadith mursal
iaitu
hadith yang gugur sanad daripada golongan
sahabat
, dan menurut pendapat yang paling
rajih,
hadith mursal dikategorikan dalam hadith dha’if, bukan hadith sahih
.
13
2.4.4 TERHINDAR DARIPADA
SYAZ
(TIDAK JANGGAL)
Kejanggalan sesuatu hadith bergantung kepada pertentangan antara sesuatu hadith yang
perawi yang diriwayatkan oleh perawi yang
makbul
dengan hadith yang diriwayatkan oleh
perawi yang lebih kuat disebabkan perawinya lebih ramai.
Maksudnya ialah sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang
thiqah
berada dalam keadaan syaz (janggal) berbanding dengan hadith yang diriwayatkan
oleh periwayat-periwayat lain yang lebih thiqah (yang lebih dipercayai benar
perkhabarannya ) daripadanya, sama ada
syaz itu berlaku pada sanad atau matan hadith.
2.4.5 TIDAK BER
‘ILLAHialah suatu keadaan (berupa kecacatan) yang menghalang sesuatu hadith untuk diakui
sebagai
‘Illah
hadith sahih. Umpamanya hadith yang diriwayatkan secara bersambung tetapi
tertinggal seorang atau lebih periwayat. Ataupun dalam sanadnya terdapat seorang yang
fasiq atau tidak sempurna ingatannya (tidak
dhabit) dan sebagainya. Contohnya
meriwayatkan hadith secara muttasil terhadap
hadith mursal atau terhadap munqati’ dan
sebaliknya.
Jika sesuatu hadith itu memenuhi kelima-lima syarat tersebut, ia boleh
dikategorikan pada darjah dan tahap sahih yang boleh dijadikan hujah dan sandaran hukum.
2.5 TARAF HADITH SAHIH
Taraf hadith sahih adalah berbeza. Para
muhaddithin
telah memperkenalkan hadith
daripada hadith yang lebih
sahih. Mereka percaya bahawa hadith sahih
berbeza antara satu
sama lain berdasarkan kepada kekuatan sifat-sifat yang membolehkan hadith itu dihukum
sahih
. Berhubung dengan perbezaan taraf ini, Imam al-Nawawi tidak meluaskan
perbincangan. Sebaliknya beliau hanya membahagikan hadith-hadith sahih itu kepada 7
bahagian, mengikut turutan antaranya:
14
i. Taraf kesahihan yang paling tinggi ialah hadith-hadith yang diriwayatkan yang
disepakati antara
al-Bukhari dan Muslim
.
ii. Diikuti oleh hadith yang hanya diriwayatkan oleh
al-Bukhari
sahaja..
iii. Hadith yang diriwayatkan oleh
Muslim
sahaja.
iv. Hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh
al-Bukhari dan Muslim
walaupun
hadith berkenaan tidak diriwayatkan oleh mereka.
v. Hadith-hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh
al-Bukhari
sahaja.
vi. Hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh
Muslim
sahaja.
vii. Hadith yang dihukum
sahih
oleh imam lain (ulama).
Perbezaan
hadith sahih
ini juga dilihat berdasarkan kepada negeri-negeri kelahiran,
terutama ( difokuskan kepada bandar ) perawi itu sendiri. Sebilangan besar ulama
memutuskan bahawa hadith yang paling sahih ialah hadith yang diriwayatkan oleh
penduduk
Madinah yang digelar sebagai negeri
al-Sunnah al-Musyarrafah.
Ibn Taimiyyah menegaskan dengan katanya, “Para ahli hadith bersetuju
mengatakan bahawa hadith yang paling sahih ialah hadith yang diriwayatkan oleh
penduduk
Basrah, dan diikuti penduduk Syam
.” Al-Khatib al-Baghdadi ada menegaskan
dengan katanya bermaksud, “Turuq hadith yang paling sahih ialah yang diriwayatkan oleh
penduduk dua tanah haram
Makkah dan Madinah
. Ini kerana sedikit sahaja berlaku tadlis di
kalangan mereka.”
Para ulama hadith berselisih pendapat berhubung dengan sanad yang paling sahih.
Berdasarkan ini maka kita tidak boleh memutuskan bahawa sanad yang paling sahih adalah
dikhususkan kepada seorang
sahabat
sahaja.
2.6 TOKOH-TOKOH HADITH
Pada kurun ketiga Hijrah, lahirlah ramai penghimpun dan pengumpul hadith. Walau
bagaimanapun yang lebih terkenal di antaranya ialah:
i. Imam
al-Bukhari
( 194 H – 256 H )
ii. Imam
Muslim
(206 H – 261 H )
iii. Imam
Abu Daud
( 202 H – 275 H )
15
iv. Imam
Tirmizi
(209 H – 279 H )
v. Imam
Nasa’i
( 215 H – 303 H )
vi. Imam
Ibn Majjah
( 209 H – 273 H )
2.7 KITAB-KITAB
HADITH SAHIH
Antara kitab-kitab yang dikumpulkan untuk
hadith sahih
ialah:
i. Sahih al-Bukhari
( ( صحيح البخارى
ii. Sahih Muslim (
(صحيح مسليم
iii. Sahih Ibn Huzaimah
( (صحيح ابن حزيمة
iv. Sahih ibn Hibban
( (صحيح ابن حبان
v. Al-sunan as- Sahahu li Sa’di Ibn as- Sukan ( ( السنن الصحاح لسعد بن السكن
2.7.1 RASIONAL MENGETAHUI LATAR BELAKANG PERAWI
Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai sejarah tersendiri, sama ada baik mahupun
sebaliknya, demikian juga dengan sejarah hidup periwayat. Mengetahui tentang sejarah
hidup serta latar belakang setiap periwayat hadith adalah amat penting kerana untuk kita
menerima atau menggunakan hadith tersebut sebagai hujah, maka ianya perlu nyata akan
kesahihan hadith tersebut. Martabat seseorang perawi itu dinilai oleh para ulama terlebih
dahulu sebelum hadith diterima. Jadi, kita telah ketahui bahawa penerimaan sesuatu hadith
itu bukanlah boleh dibuat secara main-main tetapi ianya dibuat secara teliti dan berhatihati.
Bagi periwayat hadith, orang tersebut mestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut
iaitu, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu yang mendalam di dalam ilmu agama, serta
memahami dengan baik al-Qur’an, as-Sunnah dan pengambilan hukum yang berkaitan
daripada kedua-dua sumber tersebut. Seseorang itu juga hendaklah seorang yang bertaqwa,
wara’ dan tidak dicaci serta dicela atau bukan
majruh ( (
مجروح
16
Sesorang itu juga hendaklah sentiasa menjaga agama dan tidak ta’asub kepada
mana-mana perawi serta mengetahui sebab yang membawa kepada taraf adil dan tercela
atau sebab yang membawa kepada
al-Jarh wa al-Ta’dil.
2.7.2 IMAM AL-BUKHARI
2.7.2.1 RIWAYAT HIDUP IMAM
AL-BUKHARI
Nama penuh beliau ialah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin al-Mughirah Bin
Bardizbah al-Ja’fa
al-Bukhari. Perkataan al-Bukhari diambil daripada perkataan
Bukhara
iaitu nama suatu tempat di wilayah Uzbekistan. Beberapa orang ulama di dalam pelbagai
bidang ilmu lahir dari daerah ini. Pada zaman itu tempat ini dianggap sebagai tempat yang
bersejarah. Maka perkataan
al-Bukhari ialah nisbah kepada
Bukhara.
Imam
al-Bukhari telah dilahirkan di Bukhara
pada bulan Syawal tahun 194 H.
Beliau meninggal dunia pada bulan Syawal tahun 256 H, iaitu setelah berusia 62 tahun.
Beliau dilahirkan dari kalangan keluarga yang bertaqwa dan alim. Kedua-dua ibu bapanya
adalah dari kalangan orang-orang yang soleh dan sentiasa menghampirkan diri kepada
Allah. Bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi dan beliau diasuh oleh
ibunya. Bapanya alim dalam bidang hadith. Beliau mempelajari hadith dari ulama-ulama
yang agung pada masa itu seperti Hamad Bin Zaid dan Malik Bin Anas. Seorang tokoh
hadith yang terkemuka pada masa itu, Abdullah Bin al-Mubarak menjadi sahabat karib
beliau.
Ibn Hibban ( Muhammad Bin Hibban ) iaitu salah seorang ulama hadith yang
terkenal telah mencatitkan nama bapa Imam
al-Bukhari
di dalam kitabnya al-Thiqat,
“Bahawa Ismail ( bapa Imam
al-Bukhari
) adalah seorang yang dikenali sebagai seorang
yang soleh dan warak. Sewaktu hampir ajalnya beliau ada menerangkan kepada seorang
kawannya yang bernama Uhaid Bin Hafs bahawa tidak terdapat di dalam hartanya milik
yang haram dan yang syubhah walau satu dirham sekalipun.
Ibu Imam
al-Bukhari
juga seorang yang solehah, sentiasa menghampirkan diri
kepada Allah. Imam
al-Bukhari
pada masa kecilnya terkena penyakit mata dan beliau tidak
17
dapat melihat. Kemudian pada suatu ketika ibunya telah bermimpi bertemu dengan Nabi
Ibrahim a.s. baginda menerangkan kepadanya bahawa penyakit anaknya itu akan sembuh
disebabkan doa yang banyak daripada ibu yang solehah.
2.7.2.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN IMAM
AL-BUKHARI
Imam
al-Bukhari
pada masa kecilnya adalah seorang kanak-kanak yang cerdik. Beliau
belajar sejak berumur sepuluh tahun atau kurang sedikit daripada itu. Tempat beliau belajar
ialah di
dar al-Kitab.
Ketika itu beliau mula menghafaz banyak hadith Rasulullah S.A.W..
Keinginan yang mendalam untuk mendalami pengajian dalam bidang hadith
semakin meningkat. Ini menjadikan beliau selalu berulang-alik menemui guru-guru hadith
yang terdapat di tempatnya seperti Muhammad Salam al-Bikundy, Abdullah Bin
Muhammad al-Musandy, Harun Bin al-Ash’as dan Muhammad Yusuf al-Bikundy.
Pada masa beliau berumur sebelas tahun beliau telah dapat membetulkan kesilapan
seorang guru yang bernama
al-Dakhily. Al-Dakhily
menerangkan kepada penuntutnya
“Sufian mengambil hadith daripada Abi al-Zubair dan Abi al-Zubair mengambil dari
Ibrahim”, kata Imam
al-Bukhari
, “Abu Zubair tidak meriwayatkan daripada Ibrahim.”
Guru itu mengherdiknya dan
al-Bukhari
menjawab, “Silalah tuan guru rujuk kepada yang
asal jika yang asal itu ada pada tuan.” Setelah guru itu merujuk kepada yang asal dan
didapati apa yang dikatakan oleh
al-Bukhari itu betul lalu ia berkata kepada al-Bukhari
,
“Siapakah yang sebenarnya yang meriwayatkan hadith itu, wahai kanak-kanak?” Jawab
al-
Bukhari
, “Yang sebenarnya ialah al-Zubair iaitu al-Zubair Bin Adi yang mengambil hadith
daripada Ibrahim.” Kemudian tuan guru pun mengambil kalamnya dan membetulkan
kesilapannya.
Setelah Imam
al-Bukhari
berusia enam belas tahun beliau telah dapat menghafaz
kitab-kitab yang ditulis oleh Ibn al-Mubarak dan Waki’. Kedua-duanya adalah yang
termasyhur. Dalam usia yang sama juga beliau bersama-sama ibu dan saudara lelakinya
yang tua yang bernama Ahmad telah pergi ke
Makkah
kerana menunaikan haji. Ibu dan
saudaranya balik ke
Bukhara setelah selesai mengerjakan haji, tetapi Imam
al-Bukhari
terus menetap di Makkah untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang hadith. Di
Makkah
18
beliau telah dapat belajar dengan ulama-ulama hadith yang masyhur seperti Abu al-Walid
Ahmad Bin Muhammad al-Azraqi dan Ismail Bin Salim al-Sayigh. Kemudian Imam
al-
Bukhari
berziarah ke Madinah al-Munawwarah untuk bertemu dengan ulama-ulama hadith
di sana di samping menziarahi makam Rasulullah. Di tempat yang mulia ini, Imam al-telah mula menunjukkan bakatnya dalam bidang penulisan yang mana beliau telah
menulis kitab yang memperkatakan tentang perawi-perawi hadith, sama ada
Bukhari
thiqah atau
dhaif
yang dinamakan tarikh al-Takbir. Untuk lebih jelas berhubung dengan perkara ini
perhatikan kata Imam al-Bukhari sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Hijr “ فلما طعنت
فى ثمانى عشر صنفت آتاب قضا يا الصحابة ؤالتابعين ثم صنفت التاريخ فى المدينة عند قبرالنبى
صلى الله عليه ؤسلم ؤآنت أآتبه فى الليالى المقمر
maksudnya “Setelah aku berusia lapan belas tahun aku menulis kitab berhubung dengan
qadhiah-qadhiah
sahabat dan tabi’in kemudian aku mengarang kitab tarikh, di
Madinah al-
Munawwarah
di sebelah makam Rasulullah S.A.W.. Aku menulis kitab ini pada malam
sewaktu bulan sedang menyinari alam.
Setelah menetap di
Madinah al-Munawwarah pada beberapa ketika Imam
al-
Bukhari
terus menyambung dan meluaskan ilmu pengetahuannya mengenai hadith ke
negeri-negeri lain termasuklah
Hams, Damsyik, Mesir, Naisabur, Baghdad, Basrah,
Kuffah,
dan
Wasit.
Menyentuh tentang guru-guru Imam
al-Bukhari
, sesungguhnya beliau mempelajari
hadith daripada guru-guru yang unggul dalam bidang ini. Beliau mengambil hadith
daripada 1,080 orang ulama. Guru-guru Imam
al-Bukhari
itu adalah terdiri daripada ulamaulama
yang
thiqah (adil dan dhabit
) sahaja, beliau tidak mengambil hadith daripada mereka
yang tidak
thiqah
sekalipun banyak mempunyai ilmu.
2.7.2.3 GURU-GURU IMAM
AL-BUKHARI
Di
Bukhara
iaitu tempat tumpah darahnya sendiri beliau telah belajar daripada Muhammad
Bin Salam al-Bikundy, Muhammad Bin Yusuf, Harun bin al-Ash’as dan yang lain-lain.
Di
Balakh
, Muky Ibn Ibrahim, Yahya Bin Basyr, Qutibah Bin Sa ‘id dan lain-lainnya.
19
Di
Marwa
, Ali Bin al-Hasan, Abdan Bin Abdullah, Muhammad Bin Muqatil dan lainlainnya.
Di
al-Ray
, Ibrahim Bin Musa al-hafiz dan lain-lainnya.
Di
Baghdad
, Sarih, Affan, Muhammad Bin Isa al-Toba’ dan lainnya.
Di
Basrah
, Abi ‘Asim al-Nabil, Badl Bin al-Mahrab, Muhammad Bin Abdullah al-Ansari
dan lain-lainnya.
Di
Kuffah
, Abu Na ‘im, Thallaq Bin Ghanam, al-Hasan Bin al-Rabi’, Khilada Bin Yahya,
Qabisah dan lain-lainnya.
Di
Makkah, Al-Hamidy dan dari al-Hamidy al-Bukhari
mempelajari fikh al-Syafi’i, di
Makkah
juga beliau telah belajar daripada Abu al-Walid Ahmad Bin Muhammad Bin al-
Azraqy, Abdullah Bin Yazid al-Marqy, Ismail Bin Salim al-Soi’ dan lain-lainnya.
Di
Wasit, Hasan
Bin Abdullah, Sa’id Bin Abdullah dan lain-lainnya.
Di
Mesir,
Ahmad Bin Salih, Uthman Bin Salih, Ahmad Bin Syabib dan lain-lain.
Di
Naisabur
, Yahya Bin Yahya al-Tamimy, Basyr Bin al-Hakam, Ishaq Bin Rahuyah,
Muhammad Bin Yahya al-Zahly dan lain-lain.
Di
Madinah al-Munawwarah
, Abd al-‘Aziz al-Ausi, Matraf Bin Abdullah, Ibrahim Bin al-
Mazur al-Huzaimy, Yahya Bin Qi’ah dan lain-lain.
2.7.2.4 KEISTIMEWAAN IMAM
AL-BUKHARI
Imam
al-Bukhari
terkenal sebagai seorang ahli hadith yang mahir dan dapat memahami
hadith-hadith Rasulullah dengan mendalam sekali. Beliau juga dapat membezakan di antara
hadith yang cacat “ma’al” dan hadith yang sahih, mengenali perawi-perawi secara
terperinci dengan mengenali sifat-sifat mereka sama ada
thiqah
atau tidak. Beliau dapat
memahami serta hafaz hadith-hadith Rasulullah beserta dengan
sanad
nya sekali
sehinggakan beliau digelar
amirul mu’minin fi al-hadith
.
Ketinggian ilmu Imam
al-Bukhari
dalam bidang hadith tersebar luas. Beliau
mempunyai akal yang bijaksana, ketekunan dan ketabahan, serta galakan daripada ibunya
selain menjadi pewaris bapanya dalam mengembangkan ilmu hadith.
Al-Subky telah menceritakan daripada seorang yang mengenali al-Imam
al-Bukhari
secara hampir iaitu seorang teman belajarnya Hasyd dan seorang teman lain. Kata mereka,
20
“Kami bertanya
al-Bukhari
, mengapa kamu telah begitu lama tidak menulis hadith? “
Imam
al-Bukhari
menjawab, “Cuba kamu ambil hadith yang telah kamu tulis.” Setelah
kami ambil hadith itu yang berjumlah lebih daripada lima belas ribu, maka
al-Bukhari
pun
membacakan hadith itu semua dan kami memperbetulkan hadith yang kami tulis itu
melalui hafaznya. Kemudian katanya kepada kami “ Adakah saya sia-siakan masa selama
ini?” Dengan itu kami mengakui bahawa
al-Bukhari
mempunyai kelebihan yang begitu
istimewa.
Satu ujian besar telah dikenakan oleh para ulama
Baghdad
kepada beliau di mana
sebagai ujian untuk menguji kekuatan ingatannya. Apabila sampai di sana beliau telah
bertemu dengan mereka dan mereka meminta supaya beliau mengadakan pertemuan
ilmiah. Setelah dipersetujui mereka pun memanggil ahli-ahli hadith yang terkenal supaya
hadir ke majlis tersebut. Sebelum sampai masa yang ditetapkan, para ulama telah memilih
seratus hadith yang dicampur-adukkan di antara
matan satu hadith dengan sanad
hadith
yang lain, kemudian seratus hadith itu dibahagikan kepada sepuluh orang ahli hadith.
Setelah sampai masa yang ditentukan maka sepuluh orang yang telah ditetapkan tadi pun
bertanya kepada
al-Bukhari
secara bergilir-gilir, setiap seorang sepuluh soalan, kemudian
setelah habis sepuluh soalan yang pertama, berpindah kepada orang yang kedua dan
begitulah seterusnya sehingga selesai. Imam
Al-Bukhari hanya menjawab “ ( لا أدرى )
(Aku
tidak tahu).
Setelah selesai semua soalan dikemukan,
al-Bukhari
mengulang semula semua
soalan-soalan itu sebagaimana yang mereka lafazkan, kemudian
matan
hadith beserta
sanad
nya yang asal dikembalikan dengan betul. Menurut Ibn Hijr perkara yang
menghairankan ialah bagaimana beliau menghafaz semua
matan dan sanad
nya yang
dicampur-adukkan itu satu persatu sehingga akhir, kebolehan beliau menghafaz segala
sanad
nya dan matannya yang betul ini memang sewajarnya diperakui kerana beliau
seorang hafiz. Para ulama yang hadir begitu mengagumi kehebatan kekuatan ingatan dan
ketinggian ilmunya dan mereka mengiktiraf kelebihan
al-Bukhari.
Sebanyak empat ratus orang ahli hadith di
Samarkand telah bersatu untuk mencari
kelemahan
al-Bukhari namun hasilnya tetap gagal. Sehubungan itu pengaruh al-Bukhari
semakin tersebar luas sehingga setiap tempat yang beliau berada, ramai para ulama sama
21
ada dari ahli hadith atau pun yang lainnya, meminta supaya beliau memberikan kuliyah
mengenai hadith. Di
Basrah
umpamanya beliau telah dijemput untuk mengadakan majlis
ilmiah yang dihadiri beribu-ribu orang termasuk
muhadithun, hafiz, fuqaha’ dan ahli fikr
.
Kemudian beliau merencanakan hadith kepada mereka. Apa yang sangat menarik perhatian
mereka ialah hadith yang direncanakan oleh Imam
al-Bukhari ialah dari hadith ahli
Basrah
tetapi belum pun mereka ketahui dan beliau menerangkan
sanad
hadith yang mereka
ketahui ialah begini-begini. Sedangkan
sanad
dari si polan ini belum lagi diketahui oleh
mereka.
Imam
al-Bukhari juga telah menghafaz lebih kurang 100,000 hadith sahih
dan
200,000 hadith yang tidak
sahih. Beliau menghafaz hadith sahih
untuk dijadikan hujah
manakala hadith yang tidak
sahih
dihafaz untuk menolak dijadikan hujah.
2.7.2.5 PANDANGAN ULAMA TERHADAP IMAM
ALBUKHARI
Sebagai seorang yang telah diberi gelaran
amirul mu’minin fi al-hadith
sudah tentu banyak
sanjungan para ulama terhadapnya. Di sini diperhatikan beberapa pandangan ulama
terhadap beliau:
1. Menurut Imam
Ibn Huzaimah
yang dinukil oleh al-Subky “aku tidak pernah melihat
di bawah langit yang terbentang luas ini seorang manusia yang lebih alim dalam
bidang hadith selain Muhammad Bin Ismail (
al-Bukhari
).”
2. Menurut Imam
Ahmad Bin Hanbal
yang dinukilkan oleh al-Subky “terdapat empat
orang huffaz dari
Khursan iaitu Abu Zar’ah, Muhammad Bin Ismail (al-Bukhari
),
al-Daramy dan al-Hasan Bin Shuja’ al-Bahly.”
3. Menurut Muhammad Bin Salam sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Subky
“Apabila terdapat budak ini (
al-Bukhari
) di dalam majlisku, aku merasa gelisah
dan sentiasa rasa takut sehinggalah ia keluar.”
4. Menurut Ya’kub Bin Ibrahim al-Dawarqy “
Al-Bukhari
adalah fakih umat
Muhammad.”
5. Imam Muslim telah berjumpa
al-Bukhari
lantas mencium dahinya di antara
matan
ya dan katanya “Izinkan aku mencium kedua kakimu wahai guru bagi segala
22
guru, ketua kepada segala ahli hadith dan yang dapat mengetahui segala kecacatan
hadith.”
6. Menurut Salim Bin Mujahid yang dinukilkan oleh al-Subky “Aku belum pernah
melihat sejak enam puluh tahun, orang yang lebih alim, wara’, dan lebih zuhud
daripada Muhammad Bin Ismail.”
7. Menurut Abdullah Bin Abdul Rahman al-Daramy yang dinukilkan oleh Hijr “Aku
telah banyak melihat ulama di
Makkah, Kuffah, Basrah,
tetapi belum pernah
melihat orang yang lebih alim daripada Muhammad Bin Ismail.”
8. Menurut Imam al-Tirmizi yang dinukilkan oleh Ibn Hijr “Allah telah menjadikan
engkau sebagai perhiasan kepada umat Muhammad ini.” Katanya lagi, “Aku belum
pernah melihat orang yang lebih memahami tentang
ilal ( علل ) dan rijal ( (
رجال
selain Muhammad Bin Ismail.”
9. Menurut seorang tokoh hadith yang bernama Muhammad Bin Basyar yang
dinukilkan oleh Ibn Hijr “
Al-Bukhari
adalah orang yang paling fakih pada zaman
kami.”
10. Menurut al-Musnady yang telah dinukilkan oleh Ibn Hijr “Muhammad Bin Ismail
adalah seorang imam dan sesiapa yang tidak mengatakan dia bukan imam maka
hendaklah engkau meragui orang itu.”
2.7.2.6 HASIL KARYA IMAM
AL-BUKHARI
Al-Bukhari
telah memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam. Dengan karyanya
yang begitu banyak dan sangat bernilai. Di antara karyanya yang paling masyhur di
kalangan umat Islam dan mendapat penilaian yang begitu tinggi ialah sahih
Al-Bukhari
.
Malah karyanya yang lain ialah:
1. Raf’u al-Yadin fi al-Solat
2. Qiraat khalf al-Imam
3. Al-Tarikh al-Wast
4. Kitab al-Syurbah
5. Asamy al-Sahabat
6. Biral wa al-Din
7. Al-Tafsir al-Kabir
23
8. Khalq af ‘al al-Ibad
9. Kitab al-Alal
10. Qadha ya al-Sahabat wa al-Tabi ‘in
11. Kitab al-Musnad al-kabir
12. Kitab al-Wahdan
13. Kitab al-Mabsut
14. Kitab al-Hibbah
15. Kitab al-Kany
16. Kitab al-Fawaid
17. Al-Adabul mufrad
18. Al-Tarikh al-Saghir
19. Al-Tarikh al-Kabir
20. Kitab al-Dhua ‘fa’
2.7.2.7 SAHIH
AL-BUKHARI
.
Sahih
Al-Bukhari
, sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama adalah merupakan kitab
yang paling tinggi dari segi kesahihannya. Dengan lain perkataannya tidak terdapat sebuah
kitab yang lebih sahih daripada sahih
al-Bukhari
selepas al-Qur’an.
Kitab ini disusun oleh imam
al-Bukhari
setelah beliau benar-benar mahir dan pakar
dalam bidang hadith. Kitab ini disusun setelah beliau menjelajah ke merata negeri untuk
menambah kemahiran beliau dalam bidang hadith. Penyusunan kitab ini mengambil masa
yang begitu lama sekali. Tersusunnya kitab ini yang hanya mengandungi hadith-hadith
sahih
serta dengan penelitian yang begitu tinggi dan rapi yang hanya dapat dilakukan oleh
orang yang benar-benar alim sahaja, memang selayaknya Imam
al-Bukhari
digelar sebagai
amirul mukminin fi al-hadith.
Sahih
al-Bukhari adalah karya Imam al-Bukhari
yang paling dihargai dan
merupakan sumbangan yang amat besar kepada umat Islam. Kitab ini telah pun tersebar ke
seluruh dunia. Umat Islam, khususnya para ulama bertanggungjawab untuk memahami dan
menganalisa hadith-hadith yang terdapat di dalamnya untuk dijadikan panduan hidup, demi
meninggikan kedudukan umat Islam dan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.
24
2.7.2.8 JUMLAH HADITH
SAHIH AL-BUKHARI
Hadith sahih
al-Bukhari
mengandungi sebanyak 9,082 hadith termasuk yang terulang.
Jumlah ini tidak termasuk hadith yang
mauquf kepada sahabat, dan hadith maqtu’
kepada
tabi’in
dan selepas mereka. Hadith al-Bukhari yang mausul dan tidak berulang berjumlah
2, 602. hadith yang muallaq ( معلق ) dan marfu’ ( مرفوع ) berjumlah 159 hadith.
2.7.2.9 TEMPOH PENULISAN
SAHIH AL-BUKHARI
Imam
al-Bukhari
mengambil masa yang begitu lama iaitu selama enam belas tahun untuk
menulis sahihnya. Hadith-hadith yang dikumpulkan itu diambil daripada sebanyak 600,
000 hadith yang didapatinya.
Perkara yang paling menarik ialah setiap hadith yang dimasukkan ke dalam
sahihnya itu ialah hadith yang benar-benar telah diyakini sahnya, dan sebelum beliau
memasukkan hadith itu ke dalam sahihnya, beliau beristikharah terlebih dahulu kepada
Allah dengan sembayang dua rakaat.
Dari pengakuan Imam
al-Bukhari
di atas jelas menunjukkan bahawa hadith yang
terdapat di dalam
sahih al-Bukhari adalah hadith-hadith sahih
sahaja. Para ulama telah
membuat kajian yang mendalam terhadap
sahih al-Bukhari
dan mereka mengakui
pengesahan dan
hadith sahih al-Bukhari
itu.
Pengumpulan
sahih al-Bukhari dimulakan di Makkah
kemudian usaha itu
diteruskan semasa beliau di
Madinah dan di Basrah
sehingga beliau balik ke tempat
asalnya,
Bukhara
.
25
2.7.2.10 CARA PENULISAN
Hadith-hadith yang terdapat dalam
sahih al-Bukhari ialah hadith sahih
. Pengesahan suatu
hadith dinilai dari dua aspek:
i. Sanad
ii. Matan
Sanad
ialah jalan untuk sampai kepada matan hadith, dan matan pula ialah nas yang
disampaikan sama ada nas itu perkataan, perbuatan, ikrar atau lainnya.
Dari segi
sanad disyaratkan hadith sahih mestilah:
i.
Muttasil al-sanad segala perawinya berhubung.
ii. Perawi-perawinya itu mestilah
adil.
iii. Perawinya itu mestilah
dhabit.
a.
Sanad sahih al-Bukhari
Imam Abu al-Fadhl mengatakan, “Sesungguhnya
al-Bukhari dan Muslim
serta ahli hadith
selepas kedua-duanya, tidak pernah mengatakan, “Aku mensyaratkan perawi-perawi yang
terdapat di dalam kitab ini menurut syarat-syarat tertentu, tetapi diketahui syarat-syarat itu
berdasarkan kajian kitab-kitab mereka.” Daripada kajian tersebut diketahui bahawa
al-
Bukhari
dan Muslim mensyaratkan perawi-perawi itu hendaklah thiqah dan kethiqahan
mereka tidak diperakui oleh para ulama yang thiqah. Kedua-duanya tidak mensyaratkan
bahawa perawi-perawi yang mengambil hadith itu lebih dari seorang, tetapi perawi itu
mestilah
thiqah. Sanadnya hendaklah berhubung di antara satu sama lain sehinggalah
sampai kepada
sahabat yang menyampaikan sesuatu hadith daripada Rasulullah S.A.W..
Hanya
Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang diriwayatkan daripada perawi-perawi
yang ditinggalkan oleh
al-Bukhari. Sungguh pun begitu beliau telah menghilangkan
keraguan yang dihadapkan kepada perawi-perawi itu.
26
b.
Matan hadith
Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa para ulama telah membuat kaedah-kaedah
untuk mengesan hadith palsu dari segi
matan
, atau dengan lain perkataan membezakan
matan hadith sahih
daripada yang tidak sahih. Namun perlu diketahui bahawa penekanan
yang lebih untuk mengetahui hadith yang palsu ialah melalui sanad. Apabila sanad hadith
itu
sahih, maka matan hadith itu diterima atau sekurang-kurangnya tawaquf.
Perlu diambil perhatian bahawa nas yang dibahaskan untuk diterima atau ditolak itu
ialah yang berhubung dengan Muhammad S.A.W.. Rasulullah tidak boleh disamakan
dengan manusia yang lain kerana baginda mendapat wahyu daripada Allah. Maka untuk
menerima sesuatu yang dihubungkan kepada Rasulullah tidak seharusnya menggunakan
ukuran yang diberikan kepada manusia biasa. Kemungkinan sesuatu yang diperkatakan
oleh Rasulullah S.A.W. itu belum dapat diterima oleh akal pada masa itu tetapi akan
diterima kebenarannya selepasnya kelak. Satu perkara harus diketahui bahawa ilmu
pengetahuan dan akal manusia terbatas dan tidak menandingi ilmu dan wahyu Allah.
2.7.3 IMAM
MUSLIM
2.7.3.1 RIWAYAT HIDUP IMAM
MUSLIM
Nama sebenar Imam
Muslim
ialah Muslim Bin al-Khajjaj Bin Muslim al-Qushairi al-
Nisabury. Imam
Muslim
lahir pada tahun 206 Hijrah dan meninggal dunia pada usia 55
tahun iaitu pada hari Ahad bersamaan 5 Rejab tahun 261 Hijrah. Beliau dikebumikan di
sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung
Nasr Abad di luar kota Naisabur
.
Keluarga beliau merupakan golongan ahli ulama. Bapa beliau iaitu al-Khajjaj adalah
merupakan antara ahli ulama yang masyhur di zaman itu. Imam
Muslim
telah mengarang
kitab as-Sahih yang terkenal dengan kitab
Sahih Muslim
dan merupakan kitab yang kedua
terkenal selepas
Sahih al-Bukhari
.
27
2.7.3.2 PENDIDIKAN IMAM
MUSLIM
Sebagai seorang ulama, Imam
Muslim
telah mempelajari ilmu hadith mulai tahun 218 H di
negeri beliau sendiri. Selain daripada negeri beliau sendiri, negeri yang menjadi tempat
pengajian Imam
Muslim ialah Hijjaz, Iraq, Syam, Mesir
dan beberapa negara lain. Guruguru
Imam
Muslim
ialah Yahya Bin Yahya al-Nisabury, Qathibah Bin Saad, Abdullah Bin
Muslimah al-Qa`naby, Ahmad Bin Yunus, Sa`id Bin Mansur dan banyak lagi yang telah
menjadi guru kepada Imam
Muslim
sepanjang pengajiannya dalam ilmu hadith.
Selain guru yang telah disebutkan, guru yang sentiasa didampingi oleh Imam
Muslim
ialah Imam al-Bukhari yang ketika itu telah datang ke Naisabur. Imam
Muslim
telah belajar dan menyanjung tinggi gurunya itu sebagai seorang tokoh ilmu hadith yang
masyhur dan begitu dihormati. Sewaktu berlakunya perselisihan faham antara Imam
al-
Bukhari
dan al-Zihli yang juga merupakan guru Imam Muslim dalam masalah
Ibadat
Makhluqah
, al-Zihli telah melarang murid-muridnya daripada mempelajari ilmu bersama
Imam
al-Bukhari. Namun demikian Imam Muslim
telah keluar daripada majlis ilmu
tersebut di khalayak ramai kerana tidak berpuas hati atas tindakan gurunya dan
memulangkan segala hadith dan tidak meriwayatkan hadith al-Zihli dalam
sahih
nya.
2.7.3.3 PANDANGAN ULAMA TERHADAP IMAM
MUSLIM
Imam
Muslim
mendapat sanjungan dan menjadi seorang yang disegani dan dihormati di
kalangan para ulama serta umat Islam memandangkan keluasan ilmunya dalam bidang
hadith, kematangan beliau dalam mengkritik dan menjawab segala masalah yang timbul
dalam ilmu hadith khususnya
hadith sahih, dhaif dan hasan.
Menurut Ishak Bin Mansur
sebagaimana yang dinukil oleh Ibn Hajr, “Kami sentiasa mendapat kebaikan selagi engkau
masih hidup”.
Selain itu, menurut Muhammad Bin Abdul Wahab telah berkata Ibn Hajr “Muslim
adalah daripada kalangan golongan ulama, beliau merupakan gedung ilmu dan seorang
yang mulia.” Muslimat Bin al-Qasim berpendapat “Imam
Muslim
adalah seorang yang
thiqah dan dihormati oleh para ulama.”
28
Al-Khatib pula telah berkata, “
Muslim telah mengikuti jejak Imam al-Bukhari
,
memperhatikan serta mempelajari ilmunya dan menempuh jalan yang dilaluinya.” Di sini,
Imam
Muslim bukannya seorang pengikut Imam al-Bukhari
tetapi disifatkan sebagai tokoh
ilmu hadith yang masyhur selepas Imam
al-Bukhari
. Beliau mempunyai sifat serta ciri-ciri
yang tersendiri dalam menyusun kitab serta kaedah baru yang belum diperkenalkan oleh
orang lain.
2.7.3.4 KARYA-KARYA IMAM
MUSLIM
Imam
Muslim
telah mengarang banyak buku mengenai hadith-hadith sahih yang
merupakan kitab-kitab yang masyhur di seluruh negara Islam. Beliau mengarang kitabnya
bersama ilmu pengetahuannya yang sangat luas mengenai
‘ilah-‘ilah
dan kaitan dalam
selok – belok ilmu hadith. Antara kitab-kitab karangannya ialah:
1. Kitab
Asma wa al-Kuna
2. Kitab
Afradh al-Sami`in
3.
Kitab
al-Iqran
4.
Kitab
al-Intifa` bi Julud al-Saba`
5. Kitab
Awlad al- Sahabat
6. Kitab
Awham al-Muhaddithin
7. Kitab
al-Tarikh
8. Kitab
al-Tamyiiz
9. Kitab
al-Jami` al-Kubra `ala al-Abwab
10.
Kitab
Rijal `Urwah
11.
Kitab
al-`Alal
12. Kitab
al-Mukhadharin
13. Kitab
al-Musnad al-Kabir
14. Kitab
al-Wakhdani
15. Kitab
al-Sahih al-Musnad
29
2.7.3.5 KITAB SAHIH IMAM
MUSLIM
Sahih
Muslim
adalah sebuah kitab hadith yang tidak asing di kalangan ahli hadith selepas
kitab
sahih al-Bukhari
, kerana ketinggian pengesahan dan kesahihannya. Isi kandungannya
juga sepertimana kitab
sahih al-Bukhari
iaitu hanya hadith-hadith yang sahih sahaja
dikumpulkan, sepertimana katanya “
(
انما أخرخت هذا الحديث من الصحيح ليكون مجموعا عندى
وعند من يكتبه عنى ولا يرتاب فى صحته
)
maksudnya “ Aku kumpulkan hadith ini dari yang
sahih sahaja supaya aku dan orang yang menulis hadith daripada aku mempunyai satu
kumpulan hadith yang tidak diragui kebenarannya.”
2.7.3.6 BILANGAN SAHIH MUSLIM
Menurut al-Khatib al-Baghdadi bahawa beliau telah mengumpulkan hadith yang terdapat di
dalam sahihnya itu daripada 300,00 hadith yang telah dipelajarinya. Daripada jumlah
tersebut, beliau telah memilih 4,000 hadith, tidak termasuk yang terulang.
2.8 HADITH SAHIH YANG TERDAPAT DI DALAM SAHIH AL-BUKHARI
DAN SAHIH MUSLIM
Satu perkara yang sepatutnya diperhatikan bahawa Imam
al-Bukhari dan Muslim
tidak
mensyaratkan kedua-dua sahih mereka. Hafiz ibn Katsir (774H), menerangkan bahawa
Imam
al-Bukhari dan Muslim
mengakui akan pengesahan beberapa hadith yang tidak
terdapat di dalam sahih mereka. Imam Tirmizi dan tokoh-tokoh yang lain telah mengatakan
bahawa Imam
al-Bukhari
telah mengakui beberapa hadith yang tidak terdapat di dalam
sahihnya sebagai hadith sahih.
Imam
al-Bukhari berkata sebagaimana yang dinukil oleh al-Sayuti (
ما اد خلت فى
آتاب الجامع الا ما صح وترآت من الصحاح مخافة الطول
)
maksudnya: “Aku tidak masukkan
hadith-hadith ke dalam jami’ (
Sahih al-Bukhari
) kecuali hadith yang sahih dan aku
tinggalkan banyak
hadith sahih
kerana takut kitabku itu terlampau panjang.”
30
Imam
Muslim
pula pernah menerangkan sebagaimana yang dinukil oleh al-Sayuti
ليس آل شىء عندى صحيح وضعته ههنا انما وضعت ما اجمعوا عليه
) )
Maksudnya “ Tidak
semua hadith yang sahih menurut pandanganku itu, aku masukkan ke dalam kitabku ini,
tetapi apa yang aku masukkan ialah hadith yang diijma’kan oleh ulama.” Untuk
menjelaskan lagi maksud perkataan Imam
Muslim
itu, perlu dilihat perkataan yang dinukil
oleh Imam Nawawi daripada
Muslim katanya (
انما اخرجت هذا الكتاب وقلت هو صحاح ولم
اقل ان ما لم اخرجه من الحديث فى هذا الكتاب فهو ضعيف
.)
maksudnya “Aku kumpulkan
hadith-hadith ke dalam kitab ini, dan hadith-hadith itu adalah
sahih
. Tetapi aku tidak
mengatakan hadith-hadith yang aku tidak memasukkan ke dalam kitab ini adalah
dhaif
.”
2.8.1 KEHUJAHAN HADITH UNTUK BERAMAL
Apabila
thabit suatu hadith itu sebagai hadith sahih
ia adalah menjadi hujah dan wajib
beramal dengannya sekalipun hadith itu
ahad.
a. Kedudukan
Hadith Sahih Dalam Perundangan.
Kita boleh berhujah dengan
hadith sahih
kerana:
i. Hadith ini berada dalam susunan yang iltizam dengan kesahihan apabila perawinya
terdiri daripada orang
thiqah seperti sahih al-Bukhari dan sahih Muslim
.
ii. Hadith ini diakui kesahihannya oleh imam yang boleh dipercayai dalam
mentashihkan hadith dan terkenal sebagai seorang yang tidak cuai.
iii. Hadith ini tidak menyeleweng dan menepati kesahihan dan kebenaran hadith
daripada Rsulullah S.A.W..
Kesemua pengasas mazhab-mazhab berkenaan walaupun tidak sama dari sudut
hafalan dan pengetahuan telah berijma’ bahawa setiap hadith yang sahih mestilah
didahului ke atas qias dan ijtihad sendiri. Setiap imam menegaskan, “Apabila terdapat
hadith yang sahih maka dengan sendirinya ia adalah mazhabku”.
Imam al-Syafie berkata, penggabungan antara sunnah dengan kitab Allah bukan
sahaja dalam urusan halal dan haram tetapi juga pada setiap urusan tasyri’ (perundangan),
yang penting Rasulullah S.A.W. tidak akan menghalalkan sesuatu melainkan perkara yang
31
dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya dan tidak akan mengharamkan sesuatu melainkan
perkara yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya. Al-Quran dan al-Hadith adalah
sama kerana kedua-duanya adalah wahyu daripada Allah S.W.T berdalilkan kepada firman
Allah yang bermaksud:
‘Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
(Surah al-Najm 53:4)
Pengetahuan para
sahabat
terhadap sunnah adalah tidak sama. Berdasarkan kepada
pengetahuan yang ada para
sahabat
mempunyai cara yang berlainan antara satu sama lain
ketika memberi alasan terhadap sesetengah hukum, menentukan bacaan dan makna bagi
satu-satu perkataan dan sejauh mana ijtihad serta istinbat yang mereka lakukan itu
bersesuaian dengan sunnah Rasulullah S.A.W.
b. Kehujahan Hadith Ahad
∗
Sesetengah
hadith ahad termasuk dalam kategori hadith sahih.
Oleh itu daari segi
penerimaannya sama taraf dengan
hadith-hadith sahih
yang lain.
Syarat yang paling penting yang pernah dikenakan oleh Imam al-Ra’yi ke atas
hadith ahad
ialah hadith tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan usul yang telah
∗
.. Contohnya Ibn Mas’ud telah ditanya tentang masalah seorang isteri yang kematian suaminya sebelum mas
kahwinnya ditetapkan. Lalu beliau menjawabnya: “aku tidak pemah melihat Rasulullah s.a.w
menghukumkan perkara seperti ini.” Ini menyebabkan mereka berselisih pendapat dan bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan jawapan bagi masalah ini selama sebulan. Maka Ibn Mas’ud berijtihad dan
menghukumkan supaya isteri berkenaan diberi mahar ( mas kahwin) mengikut nilai mahar yang diberikan
oleh suami berkenaan kepada isteri-isterinya yang lain. Isteri berkenaan juga mempunyai edah dan berhak
menerima pusaka. Tiba-tiba Ma’aqal bin Yasar berdiri dan menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri
pernah menjatuhkan hukuman seperti itu kepada seorang perempuan kaum mereka. Ibn Mas’ud merasa
sangat gembira apabila mendengarnya. Kadangkala ijtihad seorang
sahabat
muwafaqah iaitu sejajar dengan
hadis, seperti yang terdapat dalam riwayat al-Nassa’i berhubung dengan masalah seperti di atas.
Banyak perselisihan berlaku dan para Tabi’in cuba juga mentaufiqkan (menyelaraskan) serta menjelaskan
antara pendapat yang bercanggah dengan sebaik mungkin. Di sini dapat diketahui bahawa setiap negeri
mempunyai mazhab dan imamnya masing-masing. Daripada imamlah diminta sebarang fatwa bagi setiap
masalah yang timbul.
32
diijma’kan sesudah diteliti segala sumber (hukum) syarak.
Hadith ahad
tidak bertentangan
dengan keumuman dan zahir al-Quran.
Hadith ahad tidak bertentangan dengan
hadith
masyhur,
sama ada kata-kata mahupun perbuatan Rasulullah S.A.W.. Hadith ahad juga
tidak bertentangan dengan amalan yang diwarisi turun-temurun antara para sahabat dengan
tabi’in di seluruh negeri. Hadith berkenaan tidak pernah ditolak oleh mana-mana
sahabat
sebagai hujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh mereka (
sahabat
). Tidak berlaku
penambahan pada hadith berkenaan oleh mana-mana perawi secara persendirian, sama ada
pada
matan mahupun sanad
.
Imam Malik bin Anas adalah seorang imam dari
Madinah al-Munawwarah
yang
digelar sebagai Dar al-sunnah al-Musyarrafah dan kitab karangannya yang bernama al-
Muwatta’ dianggap cara ilmu menurut pandangan
ahli al-hadith
. Beliau telah berhujah
tentang hadith secara amali dan tatbiqi (praktik). Imam Malik berpendapat bahawa khabar
atau
hadith ahad
adalah (sabit) secara qat’i yang mendatangkan ilmu yang yakin dan
beramal secara wajib.
Ahmad bin Hanbal dalam kitab Musnadnya menunjukkan kedudukan sunnah yang
begitu agung dalam bidang tasyri’. Apabila beliau mendapati ada nas, beliau akan
memberi fatwa mengikut kehendak nas berkenaan dan tidak menghiraukan pendapat
sesiapa sahaja yang bertentangan dengan nas. Keterangan di atas menguatkan lagi pendapat
bahawa beliau adalah imam yang besar dan terkemuka, begitu arif dengan kedudukan
hadith. Masyarakat menganggapnya sebagai sumber kedua bagi tasyri’ (perundangan).
Ramai
sahabat, tabi’in, imam
yang menggunakan hadith dalam menyelesaikan
sesuatu hukum. Namun masih lagi menjadi khilaf di kalangan mereka ke atas keyakinan
hadith ahad
. Kita boleh menggunakan hadith ahad sebagai sumber hukum namun ada
syarat-syaratnya. Kebanyakannya ramai yang menolak hadith ahad dan masih sangsi akan
keyakinannya. Contohnya Abu Bakar pernah menolak hadith yang diriwayatkan oleh al-
Mughirah tentang pusaka yang dapat diterima oleh pihak (perempuan), sehingga ia
diperkuatkan lagi oleh khabar atau hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin
Maslamah.
Sebenarnya
sahabat berhujah dengan hadith ahad dan beramal dengan
kandungannya. Mereka didapati sukar untuk menerima sebahagian hadith dan menolaknya
33
semata-mata kesangsian, mencari keyakinan dan begitu berhati-hati dalam meriwayatkan
hadith. Kita tidak boleh menerima
hadith ahad
sewenang-wenangnya. Banyak perkara
yang perlu diteliti agar hadith itu betul-betul boleh dijadikan hujah. Sekiranya sesuatu
hadith itu sahih maka ia akan menjadi satu sumber bagi sumber-sumber hukum. Tidak
perlu lagi kita membandingkan dengan sumber lain seperti qias kerana qias itu sekadar
menyokong dan menguatkan sumber kedua (hadith) itu.
Beramal dengan
hadith ahad
yang sahih adalah sah. Jumhur ulama berpendapat
khabar ahad
yang thiqah adalah menjadi hujah dan wajib beramal dengannya. Sebahagian
ulama seperti Imam Ahmad, al-Harith Bin Asad al-Muhasibi, al-Hussin Bin ‘Ali al-
Karabisi, Abu Sulaiman dan Malik berpendapat bahawa
hadith ahad adalah qat’i yang pasti
mendatangkan ilmu yakin. Ibn Hazm menegaskan: “Sesungguhnya
khabar ahad yang
diriwayatkan oleh perawi
adil yang diambil daripada perawi yang sama sifatnya
sehinggalah sampai kepada Rasulullah S.A.W. pasti mendatangkan ilmu yang yakin dan
sekaligus wajib beramal dengannya.” Khatib al-Baghdadi menegaskan bahawa wajib
beramal dengan
hadith ahad yang sahih dan boleh dijadikan sebagai hujah.
Hadith sahih
boleh dijadikan hujah dengan beberapa sebab antaranya
khabar ahad
adalah sah
sanad
nya, malahan juga dengan khabar yang kuat atau disokong oleh berbagai
sebab dan keadaan. Ulama
muhaqqiqun
menganggap hadith seperti ini adalah hadith ilmu
yang yakin (
qat’i)
. Malahan mereka mengatakannya lebih kuat daripada sudut ilmu yang
memberi keyakinan berbanding turuq yang banyak tetapi tidak sampai kepada peringkat
mutawatir. Namun demikian mereka lebih mengutamakan hadith-hadith yang tidak dikritik
oleh para
huffaz
dan tidak mengandungi makna yang bertentangan yang tidak
membolehkannya ditarjihkan antara satu sama lain. Ini kerana adalah mustahil dua hadith
yang bertentangan dikira sebagai benar tanpa ditarjihkan antara satu sama lain.
34
BAB TIGA
PELAKSANAAN PROGRAM TAKHRIJ HADITH SAHIH AL-BUKHARI DAN
SAHIH MUSLIM DALAM BAB IMAN DAN AQIDAH
3.1 Pemilihan Bahan
3.1.1 Penyelidikan ini merujuk kepada dua buah buku iaitu
Sahih al-Bukhari
(sebanyak empat jilid) dan
Sahih Muslim
(sebanyak enam jilid). Bab yang menjadi rujukan
hanyalah bab yang menyentuh tentang persoalan iman dan akidah.
3.1.2 Perbincangan juga turut merujuk kepada beberapa software hadith seperti
al-Hadith al-Syarif
yang merangkumi 9 kitab hadith dan juga al-Bayan yang mengandungi
kumpulan hadith-hadith sahih.
3.2 Peralatan Yang Digunakan
Penyelidikan ini memerlukan peralatan-peralatan yang tertentu bagi memudahkan dan
menyempurnakan kerja dengan lebih efektif. Kecanggihan teknologi pada masa kini
membolehkan peralatan yang digunakan pun lebih moden. Dengan segala kemudahan ini,
menjadikan Penyelidikan ini mampu mencapai kualiti yang tinggi untuk dibuat rujukan.
Antara peralatan yang digunakan adalah;
3.2.1 Sebuah Komputer
Sebuah barangan elektrik yang mampu menyimpan pelbagai data dan maklumat.
Kemudahan ini membolehkan maklumat yang terperinci boleh dilayari dalam web yang
terdapat dalam internet. Sistem telekomunikasi menjadikan segala yang ada di dunia dapat
diketahui dalam jangka masa yang singkat.
35
3.2.2 Cakera Padat (CD) Writer
Perkakasan yang digunakan untuk menyalin segala data-data dan maklumat. Ianya perlu
disimpan dengan baik ke dalam cakera padat. Hanya penggunaan sekeping cakera sahaja
mampu membuka banyak maklumat.
3.2.3 Mesin Pencetak
Akhirnya maklumat yang perlu dirujuk berdasarkan kepada hasil kerja dan maklumat yang
dicetak ke kertas.
3.3 Pelaksanaan Projek Takhrij
Takhrij hadith telah dilakukan oleh para penyelidik dengan merujuk kepada semua matanmatan
hadith sahih secara berperingkat. Penyelidik telah mengagihkan hadith-hadith
berdasarkan topik yang sepatutnya. Hadith-hadith ini kemudiannya diasingkan mengikut
tajuk-tajuk yang bersesuaian dengannya.
3.4 Pengeditan Takhrij
Kesemua hadith-hadith yang telah dikumpulkan telah diedit semula sama ada pada
penulisan dan terjemahannya berdasarkan kitab-kitab hadith Sahih Al-Bukhari dan
Muslim.
36
BAB EMPAT
HASIL TAKHRIJ HADITH
SAHIH AL-BUKHARI DAN MUSLIM DALAM BAB
IMAN DAN AKIDAH
a. Iman
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْلإيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى
الْمَدِينَةِ آَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya iman itu berlindung iaitu merimbun di Madinah, sebagaimana ular
berlindung di dalam sarangnya.
حَدِيثُ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
:
آُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَحْصُوا لِي آَمْ يَلْفِظُ
الإسْلإمَ قَالَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَخَافُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ مَا بَيْنَ السِّتِّ مِائَةٍ إِلَى السَّبْعِ مِائَةٍ قَالَ إِنَّكُمْ لإ تَدْرُونَ
لَعَلَّكُمْ أَنْ تُبْتَلَوْا قَالَ فَابْتُلِينَا حَتَّى جَعَلَ الرَّجُلُ مِنَّا لإ يُصَلِّي إِلإ سِ را
Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika kami
bersamanya: Kumpulkan untukku beberapa orang sahabat yang boleh menyatakan Islam.
Kata Huzaifah: Kami menjawab: Wahai Rasulullah! Adakah engkau bimbangkan kami,
sedangkan kami berjumlah antara enam hingga tujuh ratus orang. Rasulullah s.a.w
bersabda: Kamu tidak dapat menyangka bahawa suatu hari nanti kamu akan diuji. Huzaifah
berkata: Ujilah kami walaupun sehingga Sahabat-sahabat kami terpaksa mendirikan
sembahyang secara sembunyi
37
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لإ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبِهَا آمَنَ النَّاسُ آُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ
(
لإ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ
آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ آَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat
tidak akan berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Seandainya seluruh manusia
beriman kepada Allah s.w.t ketika matahari terbit dari arah barat, maka pada waktu itu
لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ آَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
) )
Yang bermaksud: Tidak
berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha
mengerjakan kebaikan terhadap imannya
حَدِيثُ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمًا أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ
قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ إِنَّ هَذِهِ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَخِرُّ سَاجِدَةً فَلإ تَزَالُ
آَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا ارْتَفِعِي ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا ثُمَّ تَجْرِي حَتَّى
تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَخِرُّ سَاجِدَةً وَلإ تَزَالُ آَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا ارْتَفِعِي ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ
جِئْتِ فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا ثُمَّ تَجْرِي لإ يَسْتَنْكِرُ النَّاسَ مِنْهَا شَيْئًا حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا
ذَاكَ تَحْتَ الْعَرْشِ فَيُقَالُ لَهَا ارْتَفِعِي أَصْبِحِي طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَدْرُونَ مَتَى ذَاآُمْ ذَاكَ حِينَ
(
لإ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ
آَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
)
Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Suatu Hari Nabi s.a.w bersabda: Tahukah
kamu ke mana matahari ini pergi Para Sahabat menjawab: Allah dan RasulNyalah yang
lebih mengetahui. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan matahari ini berakhir di
suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia
tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan
kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia
terbit dan beredar sebagaimana biasa. Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu
tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia
juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya:
Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kembali lagi
sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan
38
berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam
keadaan demikian, sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan terbitlah
dari sebelah barat. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Tahukah kamu bilakah ianya akan
berlaku Ianya akan berlaku ketika mana
.
لإ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ آَسَبَتْ فِي
إِيمَانِهَا خَيْرًا
) Yang bermaksud: “Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman
sebelumnya atau tidak berusaha mengerjakan kebaikan terhadap imannya “
b. Dosa-dosa Besar
حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
:
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَ مُ
عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِ دا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ قُلْتُ لَهُ إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَ كَ
مَخَافَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku bertanya Rasulullah s.a.w:
Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan
iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang
menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa
lagi Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan
bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi Rasulullah s.a.w
bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu
حَدِيثُ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
:
آُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلإ أُنَبِّئُكُمْ بِأَآْبَ رِ
الْكَبَائِرِ ثَلإثًا الإشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَوْ قَوْلُ الزُّورِ وَآَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّ هُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda
telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar Ianya tiga
perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau
kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk.
39
Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari
menyebut Hadith tersebut .
حَدِيثُ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
:
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْكَبَائِرِ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَعُقُو قُ
الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَقَوْلُ الزُّورِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah menceritakan
tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua
ibubapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قِي لَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إلإ بِالْحَقِّ وَأَآْلُ مَالِ الْيَتِي مِ
وَأَآْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلإتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh
perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau
dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu
Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan
sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan
harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah
perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya,
juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan
yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina
حَدِيثُ